Sebab Muhyiddin Yassin Dipecat Jadi TPM

punca dipecat
punca dipecat
 Punca Muhyiddin Yassin Dipecat Jadi TPM | Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin susulan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan. Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. Muhyiddin dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini dilihat seolah tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Muhyiddin Yassin juga mengakui jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas susulan parti UMNO itu kini berdepan dengan krisis kepercayaan berikutan kontroversi firma pelaburan 1MDB.
Difahamkan lagi Najib Razak dan Muhyiddin tidak bertegur sapa malah bersikap “Dingin” ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh bekas perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) baru-baru ini. Dengan penyingkiran Muhyiddin selaku TPM, Najib Razak menyatakan tujuan utama rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan Barisan Nasional dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14.
Dengan pengumuman tersebut, Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahidi Hamidi juga masih memegang Jawatan Menteri Dalam negeri.
Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka kerana boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang betul setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran- Najib Razak
melvister.com
Share this article :
+
This is the current newest page
2 Komentar untuk "Sebab Muhyiddin Yassin Dipecat Jadi TPM"

tak tahulah ape nak jadi ngan Malaysia skang nie.. ishh.. macam-macam...

apa da nak jadi ngn malaysiaku.. semoga allah merahmati sentiasa bumi bertuah ini.. huhu

 
Template By Kunci Dunia